Welcome the all blogger yg dah pun singgah sini..
AsiaCube - The Best Free Social Exchange Site!

:: Qasieh Sayang Sahabat ::

Assalamualaikum....

hati qasieh merindui dia...dia, siapa? sahabat yang pernah sama-sama mengalirkan air mata kesakitan, sahabat yang pernah berkongsi gelak ketawa, sahabat yang sudi mendengar celoteh qasieh tanpa henti walaupun sudah pkul 3 pagi..

mana nak cari???? mana qasieh nak cari pengganti dia?? qasieh sendiri tiada jawapan tu..bukan qasieh ta nak cari, tapi memang sahabat qasieh itu tiada pengganti yang sama dengannya...jika ada sekalipun, aarrhhh! memang ta kan ada yang samalah! 

sahabat, qasieh rindu kamu... rindu sangat-sangat...sayu rasanya bila qasieh berdepan dengan masalah...qasieh tahu qasieh perlu mengadu pada Dia, sesungguhnya Dia maha Mengetahui lagi maha Mengasihani... at least, qasieh nak luah kat someone yang boleh qasieh percaya..mcm sahabat...

and the most important, dia insan yang selalu bagi qasieh kekuatan tak kira qasieh teruk mana sekalipun...sahabat, qasieh rindu kamu.... sungguh ! kasih tak tipu T _ T

dulu tangan qasieh dengan sahabat selalu macam ni...ta kira susah ke senang, sahabat mesti pegang tangan kasih, erat sanagt! kasih rindu sahabat..... dulu, sahabat selalu bagi nota say i miss you kat sahabat sebelum pergi sekolah or study, yang paling best sebelum tidur...nak lagi best, bangun2 tidur mata qasieh nampak nota tu dulu ^ _ ^

terima kasih sahabat....

dulu sahabat selalu mengalah dengan qasieh, walaupun qasieh tau tu salah qasieh..maafkan qasieh ye sahabat...terima kasih sebab sabar dengan qasieh...lagi satu ! terima kasih sebab selalu layan karut marut qasieh, hahaha.....

qasieh sayang sahabat ketat-ketat!


andai dapat qasieh putarkan masa kebelakang, qasieh nak hidup dalam suasana kenangan tu je lau boleh...ta pe, qasieh tau, kehidupan harus diteruskan...sahabat, doakan qasieh kuat ea nak teruskan liku-liku kehidupan ni...

p/s : sahabat?

:: H a i r u n N a z i r a h :: F a m i d a N a i m i :: I z a t i l H u d a ::

:: B e g i n i l a h C a r a n y a ::

Bismillahirrahamanirrahim...

alhamdulillah...hingga ke saat ini, Dia masih memberiku peluang untuk bernafas, menghirup udara di bumi ciptaan Nya... alhamdulillah jua kerana Dia masih memberi kesempatan kepada ku untuk menginsafi kesilapan lalu...

duhai hati, bersabarlah berdepan dengan setiap ujian Dia, ketahuilah bahwa Dia mengasihi, menyayangi kamu... 

hari-hari yang ku lalui semakin hari semakin sampai kemuncak, tapi aku masih tidak dapat meneka apa yang ada di puncak itu...sungguh, aku tidak pasti ! tetapi aku ingin sungguh miliki nya... 

biarpun aku sedar tidak semudahnya untuk aku berdepan dengan setiap liku-liku kehidupan seorang diri... Oh Tuhan, aku memerlukan kekuatan Mu! aku memerlukan keampunan Mu! aku memerlukan Mu untuk mendengar setiap keluhan ku...

bukanlah aku menyesali setiap perbuatanku, cukuplah kiranya Kau menyededarkan aku bangun dari kesilapan lalu ! benar! aku tidak bohong, memang insan itu yang ku kasihi... tetapi Ya Allah, aku
 benar-benar mohon petunjuk Mu !

kiranya ini yang Engkau takdirkan buat kami, aku berlapang dada menerimanya..namun, janganlah Engkau timbulkan penyesalan dalam hati ku di kemudian hari.... aku ingin sentiasa bersykur dengan setiap takdir terindah dari Mu buatku dan juga insan yang ku kasihi itu...

andai ini hanya sekadar ujian Mu, andai kiranya ini hanya untuk sementara..... tabahkanlah, cekalkanlah, kuatkanlah hati dan jasad kami untuk berdepan dengan kemudian hari agar kami tetap sedar bahwasanya Engkau masih mengasihi kami...



jauh di dalam hati ku, aku benar-benar sungguh ingin segalanya ini menjadi kenyataan biarpun aku perlu bermati-matian untuk mendapatkannya..yang aku pohonkan, biarlah semuanya berakhir dengan keinginan yang aku impikan dan membawa kebaikan kepada semua pihak...

Ya Rabb, lembutkan lah hati dia, lembutkanlah hatinya untuk memaafkan kami...
Ya Rabb, ampunkanlah dosa-dosa kami...
Ya Rabb, terimalah keampunan kami....
Ya Rabb, satukanlah kami...
Ra Rabb, dekatkanlah hati kami...
Ya Rabb, jauhkan kami dari mengundang kemurkaan mu di akhirat kelak..
Ya Rabb, jadikanlah kami insan yang berguna dan bertanggungjawab...
Ya Rabb, sungguh ! aku memerlukan insan itu dalam kehidupan dunia ku...



#04 Wordless Wednesday





p/s : senyum tanda malu, diam tanda setuju !


Petang Yang Menyedihkan. . .

15 Mei 2012

kiranya ku tahu segala sangkaan ku itu benar..
pasti sekarang aku tidak akan berasa sedih untuk berhadapan dengan hari2 yg mendatang..
kejam!
kau memang kejam!
sumpah kau sangat menyedihkan aku..
memang ini ujian Allah untuk aku..
tidak mengapa
aku redha kiranya
memang ini yang kau tujahkan pada aku
tapi satu peringatan aku pada mu
ingatlah, buat baik di balas baik
buat jahat di balas jahat..
terima kasih !

:: U n t u k S e j e n a k ::

hati itu...hati ini..hati dia...hati aku..hati kami...perasaan itu, perasaan kami...kasih itu, kasih kami..cinta itu, cinta kami, cinta Dia...

tubuh itu berjalan seolah-olah bahagia..tiada duka, tiada nestapa..keadaan seperti tubuh itu sama seperti yang lain..tidak! tak semudah itu...tak semudahnya tubuh itu  berdepan dengan segalanya..

senyuman itu...hanya kepuraan!ketawa itu, hanya dusta! demi melindungi yang terbuku...tubuh itu  menghela nafas lemah...terasa kadang-kadang kosong, minda menerawang entah ke mana....

lain yang di pandang, ligat pula otak berputar, laju! mengingati setiap yang berlaku...hampa, tiada yang mampu hati itu lakukan..hanya diam di situ...menyepi.. membiarkan segalanya terjadi...

lemah...semakin lemah tak berdaya..namun cuba mengumpul kekuatan, kudrat yang masih bersisa...walau meluahkan sedikit rasa, namun ia tidak mengubah apa-apa...

biarlah...biarkan tubuh itu terus berjalan tanpa henti, menghitung dengan hari-hari yang masih berbaki untuknya...hanya menunggu, bilakah tiba saat Dia menjemput tubuh itu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...