Welcome the all blogger yg dah pun singgah sini..
AsiaCube - The Best Free Social Exchange Site!

:: Color Guard ::

Assalamualaikum....

Bismillahirrahmanirrahim...

Morning everybody! hahaha, orang tidur, qasieh baru bangun.... mengantuknya masalah malam tadi, nak celik mata syaitan menari2 atas tu, istighfar =.=' ok2...back to the key point... Color Guard!

segalanya bermula di sini.....


Yeah! thats the topic for this entry, alhamdulillah.....Allah bagi peluang pada Band of Spirit Shah Alam be the Champion in National Competition kat padang Cheras on 15 Disember 2012..qasieh bagi sumbangan pada UiTM juga even qasieh tahu tak la seberapa bagus sumbangan qasieh, as long as qasieh ikhlas, inshaa Allah :)

anyway, this is our Band Of Spirit Shah Alam yang join event hari tu...

anyway, qasieh hari ni jadi rela >.< hahaha...nop lah! color guard as a soldier for this event!

actually mula tu tidak la berkeinginan nak berkecimpung menjadi ulat aktif dlm BOSS, tapi lama kelamaan atas rasa fun with this group, enjoy :)  nak tgk full show kitorg hari tu tak??? meh TERJAH SINI !!! u all know what, the best part is because we all bring UiTM song's! mesti Dato' Sahol bangga dengan dak2 BOSS ni ......hahhahaha, anyway guys, congrates yah! i'm proud to be the part of them.... i do loved u..


the middle one with the saxo, is Stephani..our beloved Drum Major  for color guard ^ . ^ hehehehhee...

again and again, guys Cg'ians...thanks for everything :') ayat touching ni....ok, last but not least, thanks  a lot Band Of Spirit Shah Alam ( BOSS ) !



p/s : award?? RM2000 and sijil ^ . ^


:: Pilihan Hidup ::

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah, till today Allah still gave me chance to improve myself from bad to good.....stop2! is it my english sounds terrible?? do i care?? ops! maafkan mak, nak >.< ok2... serious okay...

Pilihan hidup...sedar tak sedar, sebenarnya kita setiap masa, setiap minit, setiap jam tak akan lari dari membuat keputusan..even memilih nak naik bas (example: rapid)  or teksi pun kena buat pilihan kan??? yelah, naik bas murah tapinye, kena tunggu lama, lau crowded kena berdiri, n maybe setting time kita nak smpai destinasi awal pun tak tercapai..berbanding teksi, cepat, pantas dan efficient >.< tapinya! mahalnya pakcik!!!!! saya bukan anak sultan, tak mampu bayar teksi mahal2..tapi itulah hakikatnya...kita tetap kena membuat pilihan...


One thing! once we make our decision, don't regret...even its hurt...just think that Allah dah already serve something good for us until we choose that way, jangan kita lupa...setiap yang kita lakukan, Allah yang gerakkan hati kita ^ . ^ terima kasih Ya Allah untuk takdir dan anugerah Mu ini....

another thing is, maybe sometimes people will judge what we do, what we chose...but guys! we should be rational based on situation..okay, qasieh explain...but this is on my opinion la....for me its easy with just saying, ah! pedulik lah apa orang nak kata! asalkan kita tau yang kita wat ni salah or tak...

don't be like this! hehehhe >.<

weelllll hellooooo guys!!! kita hidup kat dunia ni bukan seorang je okey...kadang2 nak buat apa perlu jugak fikir, mungkin pada kita betul, tapi tanpa kita sedar kita dah wat salah... qasieh nak share satu sentences arab yang berbunyi:


click je kat sentences arab tu lau nak tau detail ayat tu ^ . ^

last but not least, please think wisely and try to be a good person...don't quit on yourself and others! 

p/s:  semoga Allah gagalkan rancangan dan menghancurkan tentera Israel! Allahuakbar!

:: On My Day ::

Bismillahirrahmanirrahim

hang out one day before my day ^ . ^ 

yana, kina, nija, era and me!




13 November, dengan izin Allah, aku berjaya, eh jap2...aku dan k.era berjaya menghadapi cabaran, BERENANG! wakakakakakkaka >.< nak tau kat mana? Wet World je pun = . =' tapi the most important, kitorg berjaya jugak berenang tnpa bantuan, tapi tak lupa bahawasanya Dia yang Maha Esa yg beri kekuatan untuk kami berjaya ^ . ^ so sweeeeeeeeeeeeeeeeeeeetttttttttttt!!!! heheheheh...

anyway, today is my day! thanks O Allah giving me all this nikmat ^ . ^

p/s: waiting my Mr. Soulmate wish my day......

:: a d a m ::

he says

" Ak trlalu terasa khilgn ssuatu yg tidak trnilai "

:: Ku Tahu Ku AdaMu ::

Assalamualaikum..

bismillahirrahmanirrahim..

::Dean List ::

he says : bersyukur sgt bila dapat tau fatin punye result n fatin dh tunjuk pe yang fatin mintak, brake utk tumpu pd blaja tp xtau la lepas ni akan terus mcm tu or sebaliknya

he?

someone who game me all this things...


no! my secret of my success is please keep the right of Allah...
jaga hak Allah, maka allah jaga hak kita...
ingat Dia sentiasa, ingat ibu abah...
doakan pensyarah...
doakan kejayaan sahabat2.....
lebih afdhal kita sebut nama sahabat kita dlm doa :)
indahkan?
waktu doa terasa seolah2 Dia dengar apa yang kita luahkan...
tak payah share dengan manusia pun mungkin boleh..
sebab Dia lah yang maha Mendengar...
ya Allah..
ku tahu ku ada Mu....

p/s : sy pernah dengar, ramai org kata, bila belajar jgn bercinta sbb chya ilmu tak masuk dlm hati org yg lakukan maksiat...

my own theory, jika someone bercinta n same time study, then succcess..
hati mereka ikhlas dalam melakukan segala hal..
biarpun ikhlas itu tak akan boleh dinilai melalui mata kasar..
tapi Dia adalah penilai terbaik...

Allah, thanks for all this kurniaanMu :')

Debaran Kian Memuncak !


Assalamualaikum..

Bismillahirrahmanirrahim...

Final Examination Result for Semester 2 2011/2012 will be sent through email to all students (applicable for Degree, Master and PhD student only) on 3 August 2012. The Final Examination Result can also be accessed through Student Portal beginning 9.00 am, 3 August 2012.

p/s : guys, I wish all of us get the target, amiiin :)

:: Surat Pertama ::



16 Julai 2012

Assalamualaikum...


:: m e n c u b a ::

Bismillahirrahmanirrahim....

jiwa dan hati itu cuba untuk bertahan
bunyinya seakan sudah goyah
tidak! tabahlah duhai hati
ingatlah Allah itu masih ada
jangan kau berputus asa
tetapi jiwa dan hati itu seakan mengerti
apa yang bakal terjadi dikemudian hari
tentang soal jodohnya
ya jodoh itu allah yang tentukan
jodoh yang Engkau kurniakan sekarang
belum tentu milik hati dan jiwa itu
belum tentu rusuk itu kepunyaannya
ya, hati dan jiwa itu cuba memujuk tubuh agar kuat
mencuba untuk berubah kepada yang lebih baik
mencuba menjadi lain dari yang sebelumnya
mencuba untuk tidak berharap
mencuba untuk mengatakan pada jasadnya
sabar, Dia sudah mengaturkan segalanya..
wahai roh...bantulah jasad ini
membersihkan hati menyucikan jiwanya
sungguh! jasad itu ingin merasai nikmat Cinta
Cinta yang agung, Cinta Ilahi
biarpun kadangkala roh jatuh terjelupuk
jasad itu masih teguh berdiri di situ
mengharapkan cahaya dari Penciptanya
semoga jasad dan roh itu bersatu 
dalam iman dan kebaikan
sebelum berdepan dengan hari perhitungan
sebelum berhimpun di padang mahsyar
sebelum bertemu Sang Pencipta

amin ya Rabbal 'alamin...

:: Agenda Bersama Bonda ::

Bismillahirrahmanirrahim...

alhamdulillah, kerja2 abah tuk wat pagar kayu kat umah hampir selesai..punyalah lama, abah wat sendiri, dgn bos (my only one brother)...dari aku mula start study bulan mac, and sekarang hampir siap, tadi aku tolong abah mengecat tiang pintu pagar dgn ibu..huhuhu..

aku menang! yeay! sebab?? aku siap dulu...ngeh~~ adik menang :D anyway, story sikit sal diri aku yg dah nak start bulan ramadhan ni..ada ke org nak amik tau?? arh! biaq pi la, aku nk cita ja..nk tau baca, xmau gi umah mak jah > . <

ni tiang2 pagar, abah punya ^ _ ^


puasa ganti? dah settle...yang sunat2?? insya Allah dlm proses merajinkan diri, insya Allah...semoga Allah kurniakan kekuatan and cekalkan hati ni tuk berdepan dgn hari2 yg mendatang...

planning dgn my bonda??? actually jenuh la aku mintak izin dgn parents nk kerja la knonnya, tapi abah tak bagi = . = tp aku tau, abah tak bagi mesti ada hikmahnya..then you all know what?? my bonda ajak bisnes kuih raya..hehehehe > . < tgn aku memang tak mahir, tolong bolehla..

takpe, planning dah ada, semangat pun dah mula menjalar kt saraf2 ni..cuma bahan je tak ada lagi ni..nk guna ramuan apakah?? haaaaa, itu yg menjadi mslhnya sekarang..nk cari buku resepi kat kedai, mahal ibu kata > . < cari kt internet, keluar merepek2...eeerrmmm  = . = sabor je la...

ni la tiang pagar rumah abah yang dah siap ^ _ ^ wweeee....!


takpe, adik semangat dah ni ibu, moh ler kitew! hehehehe...anyway, pray for my sucees mencari pengalaman and membuat kuih, ha! doakn juga kita jadi pandai buit kuih, untung2 nnti dah kawin tahu nak buat kuih untuk suami > . < berangan tak sudah! hahahaha...

ok2...i'll stop here k, continue later you alls ^ _ ^ daaaa, salam..

nota kaki : cukup untuk saat ini, aku betul2 dah putus berharap dengan kamu, Mr. double S :')

:: Kali Pertama ::

Bismillahirrahmanirrahim...

alhamdulillah, baru ahad semalam bersamaan 8 Julai 2012, Allah izinkan aku and kawan2 selesai menjawab paper untuk semester pertama kami... nak tahu kenapa tajuk entry ni kali pertama??? 

sejujurnya, hehehehe...tahun ni banyak benda yang berlaku dalam hidup aku yang bila benda tu berlaku, akan terpacul lah dari bibir aku mcm ni " pertama kali dalam hidup aku.....bla..bla..bla..." nak share??? aish..mane boleh..hehehe...ada certain part je aku nk share..

ni la sayang2 saya msa semestar satu...


kalau sebelum ni masa stpm, sebelum real exam mesti akan ada percubaan or peperiksaaan kecil, at least kita dh get ready dgn soalan yang bakal muncul tp seriously, belajar kt universiti ni xde satu exam kecil pun yg akan aku tempuh sebelum final..tak sama situasinya..ha? test dlm kelas??

tu lagi la mengarut, masih leh tiru2...aiyyya! bkn wa ta mau belajar maaa, tapi itu exam ar, buat wa manya takot woo....begitulah hatiku berbisik kecil dan bunyi seakan kelakar hanay kerana nk sedapkan hati supaya steady n tenang....

mungkin untuk peringkat awal agak tak berapa ready, tp aku dah tahu cmne cara nk belajar lepas ni..alhamdulillah, semoga kawan2 yang lain dapat kejayaan :) yang paling buat aku best masa exam kat universiti ni, tempat duduk tak tetap..ikut suka hati la nak duduk mana pun, asal dapat jawab ^ _ ^

 teman sebilik yang banyak dengar aku berleter hari2....


wwweeeeee! totally different masa kt school dulu..hello! wake up please, where are you now?? ok2..aku mula sedar dari angan2 mat jenin yang tak sudah..hehehehe, anyway, thanks a lot to my class rape, who?


baik tu dia ni, ayu, sopan santun, berbudi bahasa, manis, sedap mata memandang, ambuih! puji lebih nampak??? hahahaha...saja, memang layak pun pujian tu untuk dia :) ok..

nota kaki : semester 1--> aku dah mula mengenal erti ujian hidup ni and semua tu wat aku jadi lebih matang...matang ker??? = . =' yela..

:: Qasieh Sayang Sahabat ::

Assalamualaikum....

hati qasieh merindui dia...dia, siapa? sahabat yang pernah sama-sama mengalirkan air mata kesakitan, sahabat yang pernah berkongsi gelak ketawa, sahabat yang sudi mendengar celoteh qasieh tanpa henti walaupun sudah pkul 3 pagi..

mana nak cari???? mana qasieh nak cari pengganti dia?? qasieh sendiri tiada jawapan tu..bukan qasieh ta nak cari, tapi memang sahabat qasieh itu tiada pengganti yang sama dengannya...jika ada sekalipun, aarrhhh! memang ta kan ada yang samalah! 

sahabat, qasieh rindu kamu... rindu sangat-sangat...sayu rasanya bila qasieh berdepan dengan masalah...qasieh tahu qasieh perlu mengadu pada Dia, sesungguhnya Dia maha Mengetahui lagi maha Mengasihani... at least, qasieh nak luah kat someone yang boleh qasieh percaya..mcm sahabat...

and the most important, dia insan yang selalu bagi qasieh kekuatan tak kira qasieh teruk mana sekalipun...sahabat, qasieh rindu kamu.... sungguh ! kasih tak tipu T _ T

dulu tangan qasieh dengan sahabat selalu macam ni...ta kira susah ke senang, sahabat mesti pegang tangan kasih, erat sanagt! kasih rindu sahabat..... dulu, sahabat selalu bagi nota say i miss you kat sahabat sebelum pergi sekolah or study, yang paling best sebelum tidur...nak lagi best, bangun2 tidur mata qasieh nampak nota tu dulu ^ _ ^

terima kasih sahabat....

dulu sahabat selalu mengalah dengan qasieh, walaupun qasieh tau tu salah qasieh..maafkan qasieh ye sahabat...terima kasih sebab sabar dengan qasieh...lagi satu ! terima kasih sebab selalu layan karut marut qasieh, hahaha.....

qasieh sayang sahabat ketat-ketat!


andai dapat qasieh putarkan masa kebelakang, qasieh nak hidup dalam suasana kenangan tu je lau boleh...ta pe, qasieh tau, kehidupan harus diteruskan...sahabat, doakan qasieh kuat ea nak teruskan liku-liku kehidupan ni...

p/s : sahabat?

:: H a i r u n N a z i r a h :: F a m i d a N a i m i :: I z a t i l H u d a ::

:: B e g i n i l a h C a r a n y a ::

Bismillahirrahamanirrahim...

alhamdulillah...hingga ke saat ini, Dia masih memberiku peluang untuk bernafas, menghirup udara di bumi ciptaan Nya... alhamdulillah jua kerana Dia masih memberi kesempatan kepada ku untuk menginsafi kesilapan lalu...

duhai hati, bersabarlah berdepan dengan setiap ujian Dia, ketahuilah bahwa Dia mengasihi, menyayangi kamu... 

hari-hari yang ku lalui semakin hari semakin sampai kemuncak, tapi aku masih tidak dapat meneka apa yang ada di puncak itu...sungguh, aku tidak pasti ! tetapi aku ingin sungguh miliki nya... 

biarpun aku sedar tidak semudahnya untuk aku berdepan dengan setiap liku-liku kehidupan seorang diri... Oh Tuhan, aku memerlukan kekuatan Mu! aku memerlukan keampunan Mu! aku memerlukan Mu untuk mendengar setiap keluhan ku...

bukanlah aku menyesali setiap perbuatanku, cukuplah kiranya Kau menyededarkan aku bangun dari kesilapan lalu ! benar! aku tidak bohong, memang insan itu yang ku kasihi... tetapi Ya Allah, aku
 benar-benar mohon petunjuk Mu !

kiranya ini yang Engkau takdirkan buat kami, aku berlapang dada menerimanya..namun, janganlah Engkau timbulkan penyesalan dalam hati ku di kemudian hari.... aku ingin sentiasa bersykur dengan setiap takdir terindah dari Mu buatku dan juga insan yang ku kasihi itu...

andai ini hanya sekadar ujian Mu, andai kiranya ini hanya untuk sementara..... tabahkanlah, cekalkanlah, kuatkanlah hati dan jasad kami untuk berdepan dengan kemudian hari agar kami tetap sedar bahwasanya Engkau masih mengasihi kami...



jauh di dalam hati ku, aku benar-benar sungguh ingin segalanya ini menjadi kenyataan biarpun aku perlu bermati-matian untuk mendapatkannya..yang aku pohonkan, biarlah semuanya berakhir dengan keinginan yang aku impikan dan membawa kebaikan kepada semua pihak...

Ya Rabb, lembutkan lah hati dia, lembutkanlah hatinya untuk memaafkan kami...
Ya Rabb, ampunkanlah dosa-dosa kami...
Ya Rabb, terimalah keampunan kami....
Ya Rabb, satukanlah kami...
Ra Rabb, dekatkanlah hati kami...
Ya Rabb, jauhkan kami dari mengundang kemurkaan mu di akhirat kelak..
Ya Rabb, jadikanlah kami insan yang berguna dan bertanggungjawab...
Ya Rabb, sungguh ! aku memerlukan insan itu dalam kehidupan dunia ku...



#04 Wordless Wednesday





p/s : senyum tanda malu, diam tanda setuju !


Petang Yang Menyedihkan. . .

15 Mei 2012

kiranya ku tahu segala sangkaan ku itu benar..
pasti sekarang aku tidak akan berasa sedih untuk berhadapan dengan hari2 yg mendatang..
kejam!
kau memang kejam!
sumpah kau sangat menyedihkan aku..
memang ini ujian Allah untuk aku..
tidak mengapa
aku redha kiranya
memang ini yang kau tujahkan pada aku
tapi satu peringatan aku pada mu
ingatlah, buat baik di balas baik
buat jahat di balas jahat..
terima kasih !

:: U n t u k S e j e n a k ::

hati itu...hati ini..hati dia...hati aku..hati kami...perasaan itu, perasaan kami...kasih itu, kasih kami..cinta itu, cinta kami, cinta Dia...

tubuh itu berjalan seolah-olah bahagia..tiada duka, tiada nestapa..keadaan seperti tubuh itu sama seperti yang lain..tidak! tak semudah itu...tak semudahnya tubuh itu  berdepan dengan segalanya..

senyuman itu...hanya kepuraan!ketawa itu, hanya dusta! demi melindungi yang terbuku...tubuh itu  menghela nafas lemah...terasa kadang-kadang kosong, minda menerawang entah ke mana....

lain yang di pandang, ligat pula otak berputar, laju! mengingati setiap yang berlaku...hampa, tiada yang mampu hati itu lakukan..hanya diam di situ...menyepi.. membiarkan segalanya terjadi...

lemah...semakin lemah tak berdaya..namun cuba mengumpul kekuatan, kudrat yang masih bersisa...walau meluahkan sedikit rasa, namun ia tidak mengubah apa-apa...

biarlah...biarkan tubuh itu terus berjalan tanpa henti, menghitung dengan hari-hari yang masih berbaki untuknya...hanya menunggu, bilakah tiba saat Dia menjemput tubuh itu..

:: P e l i n d u n g . P e n j a g a k u ::

kerap kali jasad itu bertemu . . kerap kali itu jua lah semuanya seperti kosong. . . tiada yang nak di kongsi . .tiada apa yang menarik untuk di bualkan. . . 

suasana membiarkan kami begitu . . . bulan pertama. . . masuk bulan kedua. . . semua masih seperti biasa. . . aku masih seperti dulu. . .aku masih menjadi diriku . . 

memang tiada apa yang menarik pada diriku untuk aku disuarakan. . . biarlah hanya ungkapan yang perlu keluar dari bibir . . .

situasi masih seperti awalnya. . . membiarkan diri masing-masing dipengaruhi keadaan sekeliling. . . .penjagaku masih seperti itu . . . tiada ungkapan berbalas antara kami . .  kosong. . . 

hinggalah suatu hari Allah mentakdirkan sesuatu berlaku antara kami, membuatkan kami berbalas kata-kata. . . pelik . . mengapa baru hari ini . . . hanya gurauan sendakah? namun, sedikit pun tidak menggugat aku untuk berhadapan dengan penjagaku itu. . . 

mungkinkah ini penjaga yang ku cari selama ini yang akan melindungi aku seumur hidupku nanti yang dicipta oleh Allah untuk aku . .  . dicipta untuk melengkapi antara satu sama lain . . .

aku masih tenang . . . wahai teman pelindungku, kau sungguh menghormati diri ku. . . terima kasih untuk keberanian mu. . . terima kasih untuk kejujuranmu . . .terma kasih untuk tangggungjawabmu . .. 

terima kasih untuk kekuatanmu menyuarakan yang terpendam di kalbu itu walaupun aku tahu, berat untuk kau ungkapkan itu kerana amanah yang kau pikul sebagai hamaba Nya lebih besar berbanding pengakuan cinta mu padaku. . . . 





:: k o s o n g ::


pagi yang tenang ditemani hujan yang renyai seakan-akan mengerti taufan yang melanda jiwaku.. jiwa yang seperti mencari hala tuju yang di cari..

.ya! jiwa itu sedar akan sebenarnya yang di cari dalam hidupnya, yang diperlukan dalam hidupnya, yang ingin dalam kehidupannya...

tetapi jiwa itu keliru untuk membuat pilihan.. risau memikirkan keadaan sekelilingnya...ah! pedulikan mereka... tapi jiwa itu tak berdaya..

seringkali jiwa itu meronta, ya Allah! kuatkan jiwa ini! sucikanlah jiwa ini! bersihkan jiwa ini dari noda dunia! lindungi jiwa ini dari kekotoran duniawi! 

jiwa hanya mampu menjerit, meronta tanpa suara..tanpa ada sesiapa yang mendengar...keadaan tetap seperti biasa walaupun jiwa tidak berhenti meronta setiap masa..

alam seakan mengerti pergolakan jiwa itu..tatkala mata memandang kehijauan alam yang terbentang luas, dia seakan tersedar bahawa Allah masih ada untuknya..

jiwa itu sedar ke mana harus dia bekkongsi rasa, ya! tadah lah tangan, mengadulah pada Allah! Dia maha Mendengar, Dia maha Mengetahui..

bersabarlah jiwa, sesungguhnya setiap yang terjadi itu adalah dengan keizinan Nya dan bukti kasih Nya padamu... cekal lah wahai jiwa! kuatkan semangat mu wahai jiwa!  

Suatu Petang Yang Penuh Hikmah..

Assalamualaikum...

Bismillahirrahmanirrahim...

baru hari ni fatin berkesempatan tuk update blog, alah... bukanlah busy mane pun, tapi memang agak jugaklah busy nak update a.k.a ta de idea nak update > . < hehehehehe... huh! stop bumbling fatin...

ok, fatin a little bit busy, wait2! who cares fatin all about your hal2 tu semua??? hah... never mind, just wanna share, sape yang sudi baca, terima kasih manyak2 * sambil wak muka cumel!* huhuhu.... tiap hari ada kelas, jumaat je free...weeehoooo!

ha'ah! weehhooo lah sangat, sayang2ku assingment semua asik bertanya je dalam minda ni, bila la tuan aku ni mula nak buat aku agak2nye ye = . = aisey! hehehehehehe...ta pe! fatin dah ada azam baru, pemikiran,. cara hidup, semua harus di tukar! lebih berdisiplin dan maju ke hadapan...

berharganya maruah ku!

syabbas anak ibu! syabbas anak abah! hehehehehehehe ^ . ^ ta pe lah, magrib2 update blog dengan ta mandinye lagi, aish masyam lah! hehehehe...ok2... ilal liqa' semua > . <

p/s : hari ni fatin buat keputusan yang ibu pernah cakap dan ternyata ianya berkesan, saya rasa lebih bersemangat! yeah... ya Allah, berkatilah usaha ku ini... lindungilah hatiku dari kegelapan yang membutakan mata hati ku...

Siapa Pemilik Tulang Rusuk Ku ?


p/s : ini bukan wordless wednesday, tapi lack of idea ^ . ^ semoga 'Qasieh Kami' direstui oleh semua...

Jari Jemari Saya Ketagihan ! ! !

Assalamualaikum w.b.t

Bismillahirrahmanirrahim..

selamat petang exclusive wat blogger semua ^ . ^ anyway, memandangkan memang fatin jarang yang amat sangatlah kan nak update entry, oleh itu.... bila sekali dah bikin entry, jari jemari ni jadi ketagih yang amat nak terjah blogger lain > . < alah takpe, tak dosa kan pun ? ? ?

terima kasih ya Allah untuk anugerah tangan ini = . =


disebabkan fatin nak share dengan u all semua2 entry yang fatin terjah petang ni, fatin senaraikan semuanya ye...even taklah banyak mana pun...





fatin nak join..tapi kemalasan mengatasi segalanya..ada kepatot?  ?

p/s : ini pun tuntuk kemudahan fatin jenguk semula entry2 ni.. heheheheh.... harap semua dapat manfaatkan bersama ^ . ^ wink2!!


Iklan Lama Yang Sangat Menyentuh Jiwa..

Assalamualaikum w.b.t.

Bismillahirrahmanirrahim..

meh kita tengok video ni dengan sepenuh hati..





anyway, first of all...maybe weird sebab ni bukannya bulan syawal pun kan? eerrrkkk!!

that is not the key point...take the moral value based on the video, menyayat hati kan?
dada fatin jadi sebak pulak...risau nak tinggalkan ibu dan ayah gi study nanti...
rindunya pasti tidak terkata...
Ya Allah = . = 

sedikit ingatan bersama, hargailah orang yang sudah banyak berkorban melahir dan membesarkan kita
dari sekecil2 tubuh hinggalah sekarang
walaup besar mana rumah kita beli
walau setinggi mana pun kita belajar
ibu ayah harus di utamakan...

ibu... abah...
adik sayang ibu abah = . =
maafkan semua salah adik...
terima kasih untuk segalanya...

p/s : hanya lagi tinggal 9 hari, fatin rasa beratnya hati nak tinggalkan ibu abah....

Iklan Termahal Di Dunia



Assalamualaikum w.b.t.

Bismillahirrahmanirrahim...

ha! hehhehehee...meh tengok dulu video ni, hasil kongsi dari encik you tube ^ . ^




ha amacam! ? hehehehe...lama memang lama, tapi seriously unik kan..hehehe, kena penuh kesabaran nak tengok video ni..ha, nak tahu apa motif yang tersirat and tersurat x dari video ni?

tapi ni pada anggapan fatin la...

korang teliti semula ye, just hanya iklan kat tv, masyarakat pandang enteng saja, tapi pernah tak u all fikir betapalah susah and bersungguh2nya diorang nak menghasilkan hanya iklan yang memakan tidak smpai sejam, demi memastikan mesej or rekaan yang di cipta mampu memberi keselamatan dan keselesaan yang di reka khas untuk para pemandu...

hebat! fatin bukan dramatik, tapi ini lah hakikat yang mungkin sesetengah kita terlepas pandang..usaha mereka, kegigihan mereka, fatin memang tabik  pada usaha mereka..

by the way, congratulations! 

p/s : kadang2 iklan yang hanya beberapa minit tu, ada mesej yang and contoh yang boleh jadi ikutan pada kita...


♥ Adik Sayang Abah ♥

Assalamualaikum w.b.t.

Bismillahirrahmanirrahim...

pada tarikh 16 Februari 2012 bersamaan 23 Rabiul Awal 1433 Hijrah...
dengan berbangga dan berbesar hati, fatin selaku anak bongsu kepada Encik Jamadi ingin mengucapkan, Selamat hari lahir abah! 


i am really proud to have a father like you...
satu pesan abah yang fatin akan ingat sampai bila...

jaga aurat

kalau orang bagi tahi kat kita, balaslah dengan bunga yang wangi

abah! thank you so much! 
Ya allah..terima kasih untuk anugerah Mu ini



p/s : tadi abah tanya kat fatin, "kawan" ko tak datang, dah lama tak datang??? ^ . ^ 
fatin malulah bila abah tanya macam tu > . <

Apakah Ciptaan Allah Yang Paling Kuat ? ?

Assalamualaikum w.b.t.

Bismillahirrahmanrrahim..

ok semua, say c.h.e.e.s.e.! gud  ^ . ^ hehehehe...dah lame tak usik mengusik dengan korang2... rindu rasenye... ecewah! hahaha..ok, refer dari tajuk topik, fatin tergerak hati nak share something yang fatin dah baca based from BUKU INI, di halaman 85 hingga 86...

ini disebutkan oleh Nabi Muhammad di dalam kata2nya..

"" Allah mencipta bumi, lalu bumi bergetar, kemudian Allah menciptakan gunung dengan kekuatan yang sama dengan bumi, ternyata bumi terdiam."



para Malaikat kehairanan dengan penciptaan gunung itu, mereka bertanya kepada Allah, "Wahai Allah, adakah satu  perkara yang kamu cipta yang lebih kuat dari gunung?" Allah menjawab, "Ada, iaitu besi."



kemudian para Malaikat bertanya< "Wahai Allah, adakah yang kamu cipta yang lebih kuat daripada besi?" Allah menjawab, "Ada, iaitu air."



para Malaikat terus bertanya, "Wahai Allah, adakah yang kamu cipta yang lebih kuat dari air itu?"Allah menjawab, "ada, iaitu angin."



akhirnya para malaikay bertanya "Wahai Allah, adakah yang kamu cipta yang lebih kuat daripada semua itu?" allah menjawab, "Ada, iaitu amalan manusia yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahui."

p/s : banyakkan lah amalan bersedekah ^ . ^



#03 Wordless Wednesday


p/s : tahniah adikku siti  noor fatiha, kamu pemilik buku ini akhirnya...rushing nak update,
 tp sempat jugak > . < hehehehehe

Setelah Sekian Lama Menyepi . . .

Assalamualaikum..

Bismillahirrahmanirrahim...

hai3 supa dupa bloggerz sekalian ! anyway, fatin betul2 minta maaf yang teramat sangat sebab seriously dah lama kot tak mengupdate apa2...even wordless wednesday pun tidak... adeeehhh ( x . x )

setelah sekian lama menyepi, sekarang fatin datang lagi ! fatin in da house! whoopppsss! terlebih pulak.. hehehe, maafkan fatin ea... apa pun, nak share ape yang fatin buat selama menyepikan diri.. bukanlah busy yang teramat macam perdana Menteri ke hulur ke hilir sampai tak sepat nak update satu hape pun, just masa yang cemburukan fatin * wink2! *

hahahahha...ok2, jangan senyum2 macam kambing lagi dah, tak smart tau.. let me story one by one, actually fatin sikit sibuk dengan, ye lah... fatin kan waiting further nak sambung study either UPSI or UiTM... then, punyalah busy ke sana ke mari, potostat segala bagai, cari keperluan, cuba melayakkan diri untuk jadi penuntut universiti.. ok, apabila result permohonan dah keluar, nah amekkau!

akhirnya jadi macam nih = . = '

lagi tunggang langgang busy memanjang, macam2 nk kena wat, tapi tade lah sampai lupa nak solat, lupa nak masak, nak sidai kain... fatin still chill je.. hahaha..planning lau betul tak dapat tawaran study, memang buat bisnes menjahitlah! * ehem2! ibu saya tukang menjahit selama 23 tahun k * jahitlah macam2, wat sarung tilam baby ke, baju kurung ke, cadar ke... hehehehe...

nah tengok! siti nurhaliza pun belajar menjahit tau !

punyalah fatin takut dengan mesin jahit tu, mengenjut2 ! adekepatot fatin takut dengan mesin tu... adhuinye pun...tapi, sekarang fatin dah mahir guna..yippiiiii ^ . ^ walaubagaimanapun, hasrat tu terpaksa fatin ke tepikan dulu sebab fatin dapat further study... apa dia? kat mana? secreto de amor ( * . * ) ngeeeeee....

nanti ea, sooner or later u all pasti dapat tahu jugak....


p/s : ppppssssttttt! awak2, malam tadi saya mimpi kat jari saya ada cincin merisik and tunang ^ . ^

#02 Wordless Wednesday


:: Assalamualaikum ::

Bismillahirrahmanirrahim 


p/s : andainya arwah masih ada, pasti segala persoalan dan keputusan akan terungkai...


:: Teguran itu Tanda Sayang ::


J Assalamualaikum J

Bismillahirrahmanirrahim…

Dalam meniti kehidupan yang masih panjang, kadangkala kita tidak terlepas dari melakukan kesilapan…  sudah ditetapkan manusia itu ada kekurangan dan ada juga kelebihan… namun tidak semestinya kita menjadikan alasan tidak sempurna itu untuk kita kerap kali mengulangi kesilapan yang sama..

Mungkin ada sesetengah daripada kita menganggap kesilapan yang dilakukan kecil, dan mungkin ada yang cuba berkata dalam hati

“ alah, kali ni sahaja, lepas ni dah tak buat… “

Lama kelamaan tanpa disedari kita sudah pun mengulangi kesilapan itu… tidak kiralah apa sekalipun kesilapan itu, samada kecil mahupun besar…

Kesilapan yang sedikit akan menjadi dosa yang besar jika kita tidak menyedarinya… Ya Allah, liku-liku untuk menuju akhirat Mu sungguh hebat ujiannya! Sungguhpun hamba-hamba Mu melakukan dosa, Engkau tetap jua memaafkan kami…

“ Allah tidak akan menguji seseorang hamba di luar kemampuannya, kerana hakikatnya…. Allah itu Maha Penyayang lagi Maha Pengasih. “



p/s : saling ingat mengingati antara satu sama lain kepada kebaikan itu merupakan salah satu kewajipan seorang Muslim…

:: Entry Untuk Wanita ::


J Assalamualaikum J

Bismillahirrahmanirrahim…

Guys ! I miss you so much J hehehehehe….. I’m serious okay… anyway, actually kali ni fatin nak share something yang mungkin simple entry dengan u all… just like, sharing is caring… caring is love..love is cinta…cinta is kasih..kasih kerana Allah J

Lately fatin ada baca majalah solusi isu n0 39… m.s . 86 and its talk about fiqah wanita… ok, meh fatin explain sikit, topic kali ni berdiskusi perihal wanita yang ketika uzur… * positive thinking please!*
Fatin tak mau copy paste, just apa yang fatin baca, kita share kat sini ye..

Allah berfirman yang bermaksud: “ Demi masa sesungguhnya manusia itu kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan sabar.” (Surah al-‘Asr 103: 1-3 )

Its refer to, wanita yang membiarkan hari-hari dalam tempoh haidnya lompong *terbiar* daripada amal ibadah dan amal soleh ialah golongan yang rugi… so, here fatin list kan beberapa amalan yang boleh disarankan:

 è Selaraskan niat sebagai ibadah : maksudnya tidak kita apa sekalipun yang kita lakukan, niatlah ibadah kerana Allah, and make sure kita niat ibadah itu ikhlas dan perkara yang kita lakukan tidak melalaikan.

 è Berzikir : u know what, not even just who can pray are allowed to make Qiamullail * bangun sepertiga malam untuk solat sunat* tapi wanita yang uzur juga boleh, dengan cara berzikir pada 1/3 malam.. What a beautiful life as a Muslim!



 è Menambah ilmu : everybody knows bila wanita uzur, diharamkan solat dan membaca al-Qur’an, tapi  tidak semestinya kita dilarang untuk membaca bahan bacaan agama yang masih dapat dekatkan diri pada Sang Pecipta, Allah s.w.t..

 è Masih dekat al-Qur’an : jangan jadikan alasan diharamkan membaca al-Qur’an ketika uzur untuk kita tak sentuh langsung kalam Allah itu… masa ni lah kita gunakan untuk mempelajari tafsir2 ayat al-Qur’an, mengetahui kisah2 yang terkandung dalamnya or mendengar bacaan al-Qur’an…dengan cara ni kita masih dapat dekatkan diri dengan Allah J



 è Memperbanyakkan doa : kaum wanita juga digalakkan berdoa even dalam keadaan uzur syar’ie terutamanya pada waktu yg mustajab berdoa
o   Antara waktu azan dan iqamah
o   Ketika hari hujan
o   Ketika tersedar dari 1/3 malam dan sebagainya

 è Memperbanyakkan sedekah :  well, bila sebut bersedekah pasti semua orang membayangkan dari segi wang ringgit…sebenarnya, kata2 yang baik itu juga satu sedekah..gunalah masa yang ada untuk kita saling menasihati even dalam keadaan uzur.

 è Berbakti kepada orang tua atau berkhidmat kepada suami : bantulah ibubapa  yang sudah banyak berkorban demi menjaga dan memastikan kita menjadi insan yang berguna…kepada yang berumah tangga juga seharusnya sedemikian..

p/s : manusia yang paling baik antara kamu ialah manusia yang paling memberi  manfaat kepada manusia lain..

Jangan Marah Lah!


J Assalamualaikum J

Bismillahirrahmanirrahim…

Nak tahu sesuatu tak? Bila kita dalam keadaan marah kan, semua urat tegang, emosi kita tak stabil, jantung kita mengepam dengan laju, syaitan bersuka riang dan bertepuk2 sebab kita dalam keadaan marah, sedar tak sedar kita jugak mungkin buat sesuatu diluar jangkaan dan kemudiannya baru menyesal dengan apa yang kita lakukan tadi..

telinga pun keluar asap! hahahahah..

Nak tahu apa cara nak kawal perasaan marah? * teori fatin la tapinye *

 è Ambillah wudhuk
 è Sekiranya sedang bersiri, duduklah
 è Sekiranya sedang susuk, berbaringlah
 è Cuba ingat kekuasaan Allah
 è Zikir sebanyak yang mungkin
 è Senyumlah dan pujuk hati untuk bersabar


p/s : ingatlah bahawa, jika kita marahkan seseorang, anggaplah bahawa kita juga insane yang melakukan kesilpan dan harus saling memaafkan..

:: Mana Nak Cari Kerja Ni ::


J Assalamualaikum J

Bismillahirrahmanirrahim…

So! Setelah puas berbumbling kat ENTRY INI, fatin nak share one story dengan you all…experience yang mencabar dan rasanya macam mula2 kuat semangat, lepastu gila semangat, lepas tu tiba2 blur! Aiyoyo amma! Apa sudah jadi ini thambi…..

Ok lah, story start macam ni, lately fatin waiting nak sambung study kat mana2 universiti yang sudi terima fatin menuntut di situ, while waiting the result fatin decide try cari kerja tok cari duit sendiri kononnye lah kan…

Abah fatin pun excited tolong carikan kerja kat mana2 je, sampaikan ada kedai ayamas baru bukak kat area sini pun, abah suruh tanya kot lah ada lobang2 kerja  > . < hehehehhe…memang kelakar..tapi usaha tetap diteruskan demi mencari sesuap nasi, poyo macam ni!

takde kena mengena langsung dengan entry!


One day masa tengah belek membelek surat khabar metro *kalau tak silap* terjumpalah kerja kosong yang ditawarkan, memang banyak…ada nak pemandu lori, hahah! Nak tukang masak! Nak pembantu taska!
 Tapi fatin tak leh apply semua tu sebab tempat jauh, kalau boleh nak dekat sini2 je, nanti still dapat tolong ibu… cian ibu nanti tak ada siapa nak tolong..

Fatin ada tertarik dengan satu kerja ni, kalau you all tengok pun, fatin jamin mesti korang berminat nak apply… nak tau apa kerjanya tu? TERJAH SINI

Dah terjah? Amacam ada berani ka incik? Belum cuba belum tahu, dah cuba baru tahu…mestilah! Fatin senget J fatin dah try job ni, lau nak daftar kena bayar RM50 by Maybank… nak tahu macam mane seterusnya?

ni la rupa duit yang fatin transfer kat dorang tuh!

Aish…betul2 rumit nak cerita sebab fatin sendiri pun dah naik senget baca benda alah tu semua…job memang best, lau you all buat betul2, income dia memang sodap! Straigh to da point, sapa nak apply job ni, mesti expert  tahap kelas pertama lah! Baru betul2 ley further seterusnya…

Ok lah, lau you all nak tahu apa benda sebenarnya tu, try lah..fatin dah blur nak story benda tu semua, di pendekkan cerita, fatin kena buat proposal tok meyakinkan pihak dorang terima fatin untuk buat projek diorang seterusnya…. Rumit2



p/s : gatal sangat nak cari kerja, satu hape pun takdak! Anyway, lau kita nak sesuatu tapi asyik tak dapat je, sebenarnya belum di izinkan Allah untuk kita dapat apa yg di hajatkan waktu tu, mungkin ada, tapi lambat or cepat, apa pun, bersabarlah!

Merapu Meraban Tak Sudah!


J Assalamualaikum J

Bismillahirrahmanirrahim…

Attention! Ini adalah entry yang penuh dengan kata2 merapu meraban tahap gaban! Fatin seriously dah kehabisan idea a.k.a mengantuk tahap gaban, tapi menggagahkan mata untuk update jugak, atas sebab kenapa ? sebab dah teramat lama sangat rasanya tak update apa2…



Apa cer? Fatin betul2 buntu ni, dah macam orang yang baca buku khusyuk, tapi fikiran melayang macam burung layang-layang yang terbang bebas sambil menyanyi riang kat sawah tu ha! See! Kan fatin dah cakap ni entry merapu meraban J sorry guys, I have to because just wanna make u all happy J because of what? Nak tau?  It’s because, your smile make me happy!

Hahahahahah J apa lagi! Mari la kita gelak sopan santun beramai2, jangan berdekah2 tau, kurang manis lah..elok2 dah cantik, tapi ketawa berdekah2, hancus! Dah tu yang lagi satu tampan lagi segak, tapi ketawa berterabur! Lagi la bertambah hampeh…  Errkkk = . = yeke? Hahaha.. I repeat, fatin memang nak bumbling je kat entry ni.. you all tak marah kan? Heheheheeh… senyum2 J

Ok lah! Idea entry seterusnya wes teko {bhsa jawa} à *dah datang* so tunggu apa lagi, mari kita serbu kedai pak mat jual tempe, tanya dia kot2 ley bayar duit kutu kat kaunter pembayaran pejabat pos tu * hahahahah! You all kena lagi! Yes! *

p/s : sorry guys, fatin sayang you all semua, jangan risau tau J senyum jangan tak senyum!

:: My Lovely Bucuk ::


J Assalamualaikum J

Bismillahirrahmanirrahim..

Anyway guys, semalam kan hari Wordless Wednesday, tapi fatin tak update satu hape pun...aisey! sorry yep... baru hari ni mood2 tu semua menyerang seluruh tubuh sendi dan zarah2 serta darah2 dan urat yang ada ditubuh ni...wakakakak! sorry to annoying..!

ok, nak topup entry semalam, hari ni fatin lack of idea, so just nak share and story sikit je tentang anak2 buah fatin..alah, tak banyak mane pun, 2 org saja... hahaha..

disebabkan raya cina ni mereka pulang * weeehhoooooo!* maksu pun gila happy tahap gaban, tak sabar dua2 budak kecik ni balik...siaplah mereka dikerjakan dengan nenek n atok nanti..hahaha...

mereka berdua pandai berposing...adhuinye pun = . = '


Iqbal ! nak jual barang tupperware ke syg??

cak! hahahahaha...iqbal gasak lah! pndai aucak2 ye...

Piece! mia aina and maksu :)

mia aina yg pandai posing! cayalah sayang maksu ni ^ . ^


p/s : "mak" saya kurang sehat...fatin doakan semoga mak cepat sihat ye...


Andai Nanti Cinta itu Hadir ....


J Assalamualaikum J

Bismillahirrahmanirrahim..

Ya Allah…andainya nanti cinta itu hadir untukku, penuhilah hatiku dengan bilangan cinta Mu terlebih dahulu, biar rasa cintaku kepada Mu tetap seperti dulu..

Ya Allah, andai nanti cinta itu hadir untukku, kurniakanlah seseorang yang hatinya penuh kasih kepada Mu, biar aku cinta padanya kerana aku kagum kepada Mu..

Ya Allah, andai nanti cinta itu hadir untukku, biarlah  pengaduan atas deritaku, rasa syukur atas kebahagianku, hanya ku panjatkan kepada Mu terlebih dahulu kerana aku yakin engkau lebih memahamiku..

Ya Allah, andai nanti cinta itu hadir untukku, khusyukkan aku dalam solatku, tenangkan hatiku dalam ibadahku, kerana fitrah insaniku telah Kau sempurnakan untukku..

Ya Allah, andai nanti cinta itu hadir untukku, kurniakanlah insan yang Engkau cintai untukku..
Amiiin  = . = ‘




p/s :  sory u all, fatin tak lambat update... busy sikit, ecewah! hahahahha ^ . ^

~ Hati v.s. Jiwa ~


J Assalamualaikum J

Bismillahirrahmanirrahim..

Pencari v.s. Mencari



Siapa pencari? Apa yang dicari?? Tepuk dada, tanya iman J Alhamdulillah, fatin masih dikurniakan peluang share entry yang berdiskusi tentang Cinta… apa yang cuba fatin smpaikan?? Meh kita sama2 amati dan teliti maksud tersirat dan tersirat disebalik perbualan antara hati dan jiwa ini..

Jiwa : aaarrrgghhhh!

Hati : mengapa?

Jiwa : kecewa dengan cinta manusia yang hanya palsu belaka!

Hati : bersabarlah…

Jiwa : berapa lama lagi nak sabar!

Hati : bersabarlah atas nama Tuhan yang menciptakanmu..

Jiwa : mengapa ?

Hati : Allah ciptakan kau juga atas rasa cinta…

Jiwa : tapi mengapa sering aku dikecewakan?!

Hati : kau tidak akan perolehi sesuatu yg kau ingini (cinta manusia) , selagi Dia masih belum mengizinkan..

Jiwa : tapi mengapa, sedangkan Dia juga menciptakan ku kerana cinta?

Hati : kerana mungkin kau tidak sedar cintaNya kepada kau lebih besar berbanding cinta sesama manusia…

Jiwa : maksudnya?

Hati : janganlah menganggap musibah itu satu kesusahan, sebenarnya ia adalah ujian Yang Maha Kuasa..

Jiwa : untuk apa?

Hati : mungkin kerana kau lupa untuk bersyukur dan memuji Nya disaat kau peroleh kenikmatan, mungkin juga Dia rindukan kau mengadu padanya dalam doa, dan mungkin kau tidak sedar ujian Allah itu adalah tanda kasihNya pada kau, kerana Dia mahukan kau sentiasa mengingatinya, beriman dengannya, memberikan sepenuh hati kepadanya, kerana kebahagiaan akhirat itu adalah apabila kau bertaqwa kepadaNya dan mencintaiNya lebih dari apa yang kau miliki..

Jiwa : mengapa aku buta untuk melihat itu semua?!

Hati : mungkin kerna kau belum membuka mata hatimu untuk terima hidayahNya menembusi sanubarimu..

Jiwa : Ya Allah! Ampuni dosa2 ku kerana terlalu membiarkan nafsu bermaharajalela atas diriku..

Hati : Sesungguhnya Allah itu maha Mengetahui, Maha Pengasih lagi Maha Pengampun..

Jiwa : terima kasih wahai hati kerana menyedarkan ku..

Hati : sama2 wahai jiwa.. aku ingin sama2 bersamamu untuk memiliki cinta Allah yang agung dan  hakiki..marilah..

p/s : hati dan jiwa itu bersahabat, menangis hati meranalah jiwa…apabila hati bersih, jiwa pasti tenang J takdir Allah itu rahsia terindah, tetaplah bersyukur padaNya walau apa yg menimpa dirimu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...