pagi
yang tenang ditemani hujan yang renyai seakan-akan mengerti taufan yang melanda
jiwaku.. jiwa yang seperti mencari hala tuju yang di cari..
.ya!
jiwa itu sedar akan sebenarnya yang di cari dalam hidupnya, yang diperlukan
dalam hidupnya, yang ingin dalam kehidupannya...
tetapi
jiwa itu keliru untuk membuat pilihan.. risau memikirkan keadaan
sekelilingnya...ah! pedulikan mereka... tapi jiwa itu tak berdaya..
seringkali
jiwa itu meronta, ya Allah! kuatkan jiwa ini! sucikanlah jiwa ini! bersihkan
jiwa ini dari noda dunia! lindungi jiwa ini dari kekotoran duniawi!
jiwa
hanya mampu menjerit, meronta tanpa suara..tanpa ada sesiapa yang
mendengar...keadaan tetap seperti biasa walaupun jiwa tidak berhenti meronta
setiap masa..
alam
seakan mengerti pergolakan jiwa itu..tatkala mata memandang kehijauan alam yang
terbentang luas, dia seakan tersedar bahawa Allah masih ada untuknya..
jiwa
itu sedar ke mana harus dia bekkongsi rasa, ya! tadah lah tangan, mengadulah
pada Allah! Dia maha Mendengar, Dia maha Mengetahui..
bersabarlah
jiwa, sesungguhnya setiap yang terjadi itu adalah dengan keizinan Nya dan bukti
kasih Nya padamu... cekal lah wahai jiwa! kuatkan semangat mu wahai jiwa!
No comments:
Post a Comment