Welcome the all blogger yg dah pun singgah sini..
AsiaCube - The Best Free Social Exchange Site!

:: Teguran itu Tanda Sayang ::


J Assalamualaikum J

Bismillahirrahmanirrahim…

Dalam meniti kehidupan yang masih panjang, kadangkala kita tidak terlepas dari melakukan kesilapan…  sudah ditetapkan manusia itu ada kekurangan dan ada juga kelebihan… namun tidak semestinya kita menjadikan alasan tidak sempurna itu untuk kita kerap kali mengulangi kesilapan yang sama..

Mungkin ada sesetengah daripada kita menganggap kesilapan yang dilakukan kecil, dan mungkin ada yang cuba berkata dalam hati

“ alah, kali ni sahaja, lepas ni dah tak buat… “

Lama kelamaan tanpa disedari kita sudah pun mengulangi kesilapan itu… tidak kiralah apa sekalipun kesilapan itu, samada kecil mahupun besar…

Kesilapan yang sedikit akan menjadi dosa yang besar jika kita tidak menyedarinya… Ya Allah, liku-liku untuk menuju akhirat Mu sungguh hebat ujiannya! Sungguhpun hamba-hamba Mu melakukan dosa, Engkau tetap jua memaafkan kami…

“ Allah tidak akan menguji seseorang hamba di luar kemampuannya, kerana hakikatnya…. Allah itu Maha Penyayang lagi Maha Pengasih. “



p/s : saling ingat mengingati antara satu sama lain kepada kebaikan itu merupakan salah satu kewajipan seorang Muslim…

:: Entry Untuk Wanita ::


J Assalamualaikum J

Bismillahirrahmanirrahim…

Guys ! I miss you so much J hehehehehe….. I’m serious okay… anyway, actually kali ni fatin nak share something yang mungkin simple entry dengan u all… just like, sharing is caring… caring is love..love is cinta…cinta is kasih..kasih kerana Allah J

Lately fatin ada baca majalah solusi isu n0 39… m.s . 86 and its talk about fiqah wanita… ok, meh fatin explain sikit, topic kali ni berdiskusi perihal wanita yang ketika uzur… * positive thinking please!*
Fatin tak mau copy paste, just apa yang fatin baca, kita share kat sini ye..

Allah berfirman yang bermaksud: “ Demi masa sesungguhnya manusia itu kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan sabar.” (Surah al-‘Asr 103: 1-3 )

Its refer to, wanita yang membiarkan hari-hari dalam tempoh haidnya lompong *terbiar* daripada amal ibadah dan amal soleh ialah golongan yang rugi… so, here fatin list kan beberapa amalan yang boleh disarankan:

 è Selaraskan niat sebagai ibadah : maksudnya tidak kita apa sekalipun yang kita lakukan, niatlah ibadah kerana Allah, and make sure kita niat ibadah itu ikhlas dan perkara yang kita lakukan tidak melalaikan.

 è Berzikir : u know what, not even just who can pray are allowed to make Qiamullail * bangun sepertiga malam untuk solat sunat* tapi wanita yang uzur juga boleh, dengan cara berzikir pada 1/3 malam.. What a beautiful life as a Muslim!



 è Menambah ilmu : everybody knows bila wanita uzur, diharamkan solat dan membaca al-Qur’an, tapi  tidak semestinya kita dilarang untuk membaca bahan bacaan agama yang masih dapat dekatkan diri pada Sang Pecipta, Allah s.w.t..

 è Masih dekat al-Qur’an : jangan jadikan alasan diharamkan membaca al-Qur’an ketika uzur untuk kita tak sentuh langsung kalam Allah itu… masa ni lah kita gunakan untuk mempelajari tafsir2 ayat al-Qur’an, mengetahui kisah2 yang terkandung dalamnya or mendengar bacaan al-Qur’an…dengan cara ni kita masih dapat dekatkan diri dengan Allah J



 è Memperbanyakkan doa : kaum wanita juga digalakkan berdoa even dalam keadaan uzur syar’ie terutamanya pada waktu yg mustajab berdoa
o   Antara waktu azan dan iqamah
o   Ketika hari hujan
o   Ketika tersedar dari 1/3 malam dan sebagainya

 è Memperbanyakkan sedekah :  well, bila sebut bersedekah pasti semua orang membayangkan dari segi wang ringgit…sebenarnya, kata2 yang baik itu juga satu sedekah..gunalah masa yang ada untuk kita saling menasihati even dalam keadaan uzur.

 è Berbakti kepada orang tua atau berkhidmat kepada suami : bantulah ibubapa  yang sudah banyak berkorban demi menjaga dan memastikan kita menjadi insan yang berguna…kepada yang berumah tangga juga seharusnya sedemikian..

p/s : manusia yang paling baik antara kamu ialah manusia yang paling memberi  manfaat kepada manusia lain..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...