Welcome the all blogger yg dah pun singgah sini..
AsiaCube - The Best Free Social Exchange Site!

:: Teguran itu Tanda Sayang ::


J Assalamualaikum J

Bismillahirrahmanirrahim…

Dalam meniti kehidupan yang masih panjang, kadangkala kita tidak terlepas dari melakukan kesilapan…  sudah ditetapkan manusia itu ada kekurangan dan ada juga kelebihan… namun tidak semestinya kita menjadikan alasan tidak sempurna itu untuk kita kerap kali mengulangi kesilapan yang sama..

Mungkin ada sesetengah daripada kita menganggap kesilapan yang dilakukan kecil, dan mungkin ada yang cuba berkata dalam hati

“ alah, kali ni sahaja, lepas ni dah tak buat… “

Lama kelamaan tanpa disedari kita sudah pun mengulangi kesilapan itu… tidak kiralah apa sekalipun kesilapan itu, samada kecil mahupun besar…

Kesilapan yang sedikit akan menjadi dosa yang besar jika kita tidak menyedarinya… Ya Allah, liku-liku untuk menuju akhirat Mu sungguh hebat ujiannya! Sungguhpun hamba-hamba Mu melakukan dosa, Engkau tetap jua memaafkan kami…

“ Allah tidak akan menguji seseorang hamba di luar kemampuannya, kerana hakikatnya…. Allah itu Maha Penyayang lagi Maha Pengasih. “



p/s : saling ingat mengingati antara satu sama lain kepada kebaikan itu merupakan salah satu kewajipan seorang Muslim…

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...