:: m e n c u b a ::

Bismillahirrahmanirrahim....

jiwa dan hati itu cuba untuk bertahan
bunyinya seakan sudah goyah
tidak! tabahlah duhai hati
ingatlah Allah itu masih ada
jangan kau berputus asa
tetapi jiwa dan hati itu seakan mengerti
apa yang bakal terjadi dikemudian hari
tentang soal jodohnya
ya jodoh itu allah yang tentukan
jodoh yang Engkau kurniakan sekarang
belum tentu milik hati dan jiwa itu
belum tentu rusuk itu kepunyaannya
ya, hati dan jiwa itu cuba memujuk tubuh agar kuat
mencuba untuk berubah kepada yang lebih baik
mencuba menjadi lain dari yang sebelumnya
mencuba untuk tidak berharap
mencuba untuk mengatakan pada jasadnya
sabar, Dia sudah mengaturkan segalanya..
wahai roh...bantulah jasad ini
membersihkan hati menyucikan jiwanya
sungguh! jasad itu ingin merasai nikmat Cinta
Cinta yang agung, Cinta Ilahi
biarpun kadangkala roh jatuh terjelupuk
jasad itu masih teguh berdiri di situ
mengharapkan cahaya dari Penciptanya
semoga jasad dan roh itu bersatu 
dalam iman dan kebaikan
sebelum berdepan dengan hari perhitungan
sebelum berhimpun di padang mahsyar
sebelum bertemu Sang Pencipta

amin ya Rabbal 'alamin...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...