Bismillahirrahmannirrahim..
Assalamualaikum w.b.t
Jangan lupa jawab salam ye sayang2 fatin yang baca entry ni J salam tu satu doa buat
kalian “ selamat sejahtera ke atas kamu”… besar
pahalanya menjawab salam tau…kita sebagai umat Islam disunatkan memberi salam sesama
Muslim, dan wajib juga kita menjawabnya J
Actually, dalam entry ni fatin nak share something about
risalah yang my parents got during their Hajj in 2011… ilmu itu jika dikongsi,
pasti bermanfaat walaupun just a little J
let’s smile, and bukakan hati u all baca entry ni k..
Masjid Quba’ adalah masjid pertama yg dibina dalam sejarah
Islam di mana ia telah diasaskan atas dasar taqwa dan iman yang mantap kepada
Allah s.w.t. Pada hari Isnin, 8 Rabiul awal bersamaan 23 September 622 M,
Rasulullah s.a.w. tiba diperkampungan Quba’ dlm perjalanan hijrah Baginda
bersama Abu Bakar as-Siddiq dari Makkah. Mengikut riwayat, baginda tinggal di
Quba’ selama empat hari di penempatan Bani Amru bin auf di rumah Kalthum bin
al-Hadm.
Imam Bukhari telah meriwayatkan drpd umar r.a. bahawa
Rasulullah s.a.w. selalu datang ke masjid Quba’ pada setiap hari Sabtu sama ada
dengan menaiki unta ataupun berjalan kaki ketika hayat baginda J * Subhanallah!* ada
ketikanya Rasulullah s.a.w. pergi pada hari Sini dan Khamis.
Sejarah Nama Quba’
Nama Quba’ diambil daripada nama sebuah telaga yang
berhampiran dengan tapak kawasan masjid tersebut. Masjid ini berbentuk segi
empat dan pada masa kini luas kawasannya adalah kira2 5035 meter persegi.
p/s : even singkat, namun ia bermanfaat J betapa agungnya kuasa
Mu ya Ilahi J
No comments:
Post a Comment