Bismillahirrahmannirrahim..
Assalamualaikum w.b.t
Ha…jangan lupa jawab salam fatin terlebih dahulu J fatin ikhlas mendoakan
kalian * senyum sopan* ok! Entry kali ni nak continue isi kandungan yang ada
dalam risalah bersama2 dengan ENTRY INI..
Bukit Uhud
Bukit ini adalah salah sebuah bukit yang terbesar dan
terpanjang yang terletak did lm tanah haram Madinah. Letaknya di bhgian utara
Madinah iaitu kira2 5km dari pusat Bandar Madinah. Panjang bukit Uhud dari
timur ke barat ialah kira2 6km. ketinggiannya dari paras laut ialah sepanjang
1km dan dari muka bumi ialah 450m. *yang mendalami geografi ley tahu la kot J *
ihsan encik google
Sejarah Nama Uhud
Ada pendapat menyatakan bahawa sebab dinamakan Uhud adalah
kerana bukit ini bersendirian atau berjauhan dari bukit2 yang lain. Ada juga
pendapat menyatakan oleh sebab ketinggiannya.
Keistimewaan Bukit Uhud
Seorang sahabat, Anas r.a. telah menceritakan keistimewaan
Bukit Uhud, katanya, “ Aku keluar bersama Rasululluah s.a.w. ke Khaibar,
berkhidmat kepada baginda. Setelah pulang menuju ke Madinah, sebaik sahaja
ternampak Bukit Uhud, baginda telah bersabda :
Maksudnya : Bukit ini ( Uhud ) mencintai kami dan kami
mencintainya.
Kemudian baginda memandang ke arah Madinah dan bersabda :
Maksudnya ; Ya Allah, aku mengharamkan bumi di antara dua
batu hitam ( sempadan Madinah ) sebagaimana Nabi Ibrahim mengharamkan Makkah.
Ya Allah, berilah keberkatan kepada kami dalam cupak dan gantang mereka.
p/s : saya dah Berjaya lawan fobia saya terhadap motorsikal J
No comments:
Post a Comment