J
Assalamualaikum J
Bismillahirrahmanirrahim..
Ya Allah…andainya nanti cinta itu hadir untukku, penuhilah
hatiku dengan bilangan cinta Mu terlebih dahulu, biar rasa cintaku kepada Mu
tetap seperti dulu..
Ya Allah, andai nanti cinta itu hadir untukku, kurniakanlah
seseorang yang hatinya penuh kasih kepada Mu, biar aku cinta padanya kerana aku
kagum kepada Mu..
Ya Allah, andai nanti cinta itu hadir untukku, biarlah pengaduan atas deritaku, rasa syukur atas
kebahagianku, hanya ku panjatkan kepada Mu terlebih dahulu kerana aku yakin
engkau lebih memahamiku..
Ya Allah, andai nanti cinta itu hadir untukku, khusyukkan
aku dalam solatku, tenangkan hatiku dalam ibadahku, kerana fitrah insaniku
telah Kau sempurnakan untukku..
Ya Allah, andai nanti cinta itu hadir untukku, kurniakanlah
insan yang Engkau cintai untukku..
p/s : sory u all, fatin tak lambat update... busy sikit, ecewah! hahahahha ^ . ^
No comments:
Post a Comment