J
Assalamualaikum J
Bismillahirrahmanirrahim..
Siapa pencari? Apa yang dicari?? Tepuk dada, tanya iman J Alhamdulillah, fatin
masih dikurniakan peluang share entry yang berdiskusi tentang Cinta… apa yang
cuba fatin smpaikan?? Meh kita sama2 amati dan teliti maksud tersirat dan
tersirat disebalik perbualan antara hati dan jiwa ini..
Jiwa : aaarrrgghhhh!
Hati : mengapa?
Jiwa : kecewa dengan cinta manusia yang hanya palsu belaka!
Hati : bersabarlah…
Jiwa : berapa lama lagi nak sabar!
Hati : bersabarlah atas nama Tuhan yang menciptakanmu..
Jiwa : mengapa ?
Hati : Allah ciptakan kau juga atas rasa cinta…
Jiwa : tapi mengapa sering aku dikecewakan?!
Hati : kau tidak akan perolehi sesuatu yg kau ingini (cinta
manusia) , selagi Dia masih belum mengizinkan..
Jiwa : tapi mengapa, sedangkan Dia juga menciptakan ku
kerana cinta?
Hati : kerana mungkin kau tidak sedar cintaNya kepada kau
lebih besar berbanding cinta sesama manusia…
Jiwa : maksudnya?
Hati : janganlah menganggap musibah itu satu kesusahan,
sebenarnya ia adalah ujian Yang Maha Kuasa..
Jiwa : untuk apa?
Hati : mungkin kerana kau lupa untuk bersyukur dan memuji
Nya disaat kau peroleh kenikmatan, mungkin juga Dia rindukan kau mengadu
padanya dalam doa, dan mungkin kau tidak sedar ujian Allah itu adalah tanda
kasihNya pada kau, kerana Dia mahukan kau sentiasa mengingatinya, beriman
dengannya, memberikan sepenuh hati kepadanya, kerana kebahagiaan akhirat itu
adalah apabila kau bertaqwa kepadaNya dan mencintaiNya lebih dari apa yang kau
miliki..
Jiwa : mengapa aku buta untuk melihat itu semua?!
Hati : mungkin kerna kau belum membuka mata hatimu untuk
terima hidayahNya menembusi sanubarimu..
Jiwa : Ya Allah! Ampuni dosa2 ku kerana terlalu membiarkan
nafsu bermaharajalela atas diriku..
Hati : Sesungguhnya Allah itu maha Mengetahui, Maha Pengasih
lagi Maha Pengampun..
Jiwa : terima kasih wahai hati kerana menyedarkan ku..
Hati : sama2 wahai jiwa.. aku ingin sama2 bersamamu untuk
memiliki cinta Allah yang agung dan
hakiki..marilah..
p/s : hati dan jiwa itu bersahabat, menangis hati meranalah
jiwa…apabila hati bersih, jiwa pasti tenang J
takdir Allah itu rahsia terindah, tetaplah bersyukur padaNya walau apa yg
menimpa dirimu..
No comments:
Post a Comment